Tuesday, March 27, 2012

PENGAMBILAN PELAJAR LEPAS SPM UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI KOLEJ TEKNOLOGI PULAU DI PULAU PINANG

Island College of Technology Balik Pulau menjemput lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu. Juga peringkat pra Diploma dengan minima 2 kredit termasuk Bahasa Melayu Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran sila hubungi Encik Nazri di talian no. 019-4140040

G'Wellness - Natural Herbal Supplement for Wellbeing - DG Biocare Group

G'Wellness - Natural Herbal Supplement for Wellbeing - DG Biocare Group

Sunday, September 25, 2011

myMetro | Penyakit lazim di negara maju

myMetro | Penyakit lazim di negara maju

Sekarang ini bermacam-macam jenis penyakit dapat didengar dan dilihat setiap hari dikongsikan oleh para Doktor. Hari ini saja saya ada terbaca artikel mengenai penyakit ini "Ekzema" di surat khabar Harian Metro. Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.

Tuesday, September 20, 2011

Menziarah Keluarga Puan Aisah Kanda





Alhamdullilah rancangan saya dan kawan-kawan untuk menziarahi Puan Aisah Kanda (Ibu kepada Adik Ahmad dan Muhammad) di Hospital Putrajaya pada 16hb September, 2011 telah pun menjadi kenyataan. Walaupun pada mulanya saya berasa amat sukar untuk mengetahui bagaimana caranya saya bagi menghubungi keluarga tersebut. Tetapi Alhamdullilah berkat dari bulan Ramadhan baru ini saya telah dapat menghubungi Suami Puan Aisah iaitu Encik Rosli untuk bertanya khabar dan seterusnya meminta izin dari beliau bagi menziarahi isterinya.

Pertama kali menghubungi Encik Rosli pada 11hb September, 2011 membuatkan saya berasa amat berdebar-debar dan juga bimbang bagaimanakah penerimaan beliau terhadap rancangan saya dan kawan-kawan, maklumlah pertama kali menghubungi beliau.

Alhamdullilah setelah memperkenalkan diri dan tujuan saya, beliau telah memberikan kebenaran untuk saya dan kawan-kawan menziarahinya. Saya telah dimaklumkan oleh beliau bahawa Puan Aisah kini sudah (2) dua minggu menerima rawatan di Hospital Putrajaya bagi menjalani ujian radiotrapi.

Akhirnya pada 16hb September, 2011 seperti yang dijanjikan saya bersama-sama kawan-kawan iaitu Marzani, Umi Suriati, Maszelin dan Rusdi telah selamat sampai di Hospital Putrajaya. Kami menghabiskan masa selama 2(dua) jam bersama-sama dengan Puan Aisah dan Encik Rosli. Namun, apa yang paling saya tidak sangka ialah kekuatan dan ketabahan keluarga ini. Baik Puan Aisah mahupun Encik Rosli mereka sangat-sangat tabah melalui dugaan yang terima. Walaupun Puan Aisah semasa kami tiba buat pertama kali beliau tetap melayan kami dengan baik sekali walaupun kami dapat melihat kesakitan yang dialaminya. Begitu juga dengan Encik Rosli, beliau melayan kami seolah-olah kami telah kenal lama. Beliau juga turut menceritakan pengalaman beliau dan isteri ketika bersama-sama mengikuti adik Ahmad dan Muhammad menjalani pembedahan di Arab Saudi pada tahun 2002.

Apa-apa pun marilah kita semua mendoakan semoga Puan Aisah akan sembuh seperti sediakala dan dapat menjalani kehidupan seharian...Amin

Thursday, September 8, 2011




Terharu betul bila saya terbaca surat khabar yang menyiarkan kisah kembar siam adik Ahmad dan Muhammad yang membantu keluarga untuk menjaga ibu mereka yang telah disahkan mengidap penyakit barah payudara. Semoga anak-anak diluar sana akan mengambil ikhtibar dari cerita ini untuk kita jadikan pengajaran kepada diri kita supaya dapat menjaga kedua ibubapa kita sebaik mungkin.

Sama-samalah kita berdoa semoga ibu kepada adik Ahmad dan Muhammad dapat sembuh dan serta menjalani kehidupan sediakala.


"Jika dulu ibu dan ayah berjaga siang malam kerana bimbangkan kesihatan kami, sekarang giliran kami pula menggalas tanggungjawab menjaga ibu yang menderita penyakit barah payudara,” kata pasangan kembar siam popular negara, Ahmad dan Muhammad Rosli, 13.

Kedua-duanya yang ditemui di kediaman mereka di Puchong, dekat sini, Khamis lalu, melayan ibu mereka yang terbaring di atas katil di ruang tamu rumah.

Pasangan kembar itu yang juga anak sulung pasangan Rosli Abdul Rahim, 40, dan Aisah Kanda, 35, mengakui sedih melihat keadaan ibu, yang dulu aktif bergerak, kini tidak mampu melakukan kerja rumah.

Menurut Ahmad, bagi meringankan penderitaan ditanggung ibunya, dia sebagai abang paling tua sentiasa memantau aktiviti empat lagi adiknya berusia tiga hingga sembilan tahun.

Memiliki adik perempuan bongsu yang sangat rapat dengan ibunya, Ahmad yang mesra dengan panggilan Along terpaksa menjaga Nur Batrisia, 3, dan memantau pergerakan aktifnya bagi menghalang mendekati ibu yang sakit.

“Kami kasihankan emak kerana dia hanya mampu duduk di tilam. Ayah pula sibuk menyiapkan kerja di bengkel serta menumpukan perhatian dengan kerja rumah, termasuk memasak dan mengemas, di samping memastikan persekolahan saya dan adik berjalan lancar.

“Saya tidak tahu apa hendak dilakukan untuk mengurangkan penderitaan emak. “Selepas balik dari sekolah dan berbuka, saya memicit badan emak bila dia mengadu lenguh atau sakit,” katanya yang bercita-cita menjadi pelukis.

Sementara itu, Muhammad atau lebih mesra disapa Angah turut mengakui sedih melihat penderitaan ditanggung ibunya.

Mengerti kesukaran dialami ibu bapanya dan menggalas tanggungjawab terhadap adiknya, Ahmad dan Muhammad turut ringan tulang membantu menyediakan sajian berbuka puasa, termasuk pinggan mangkuk serta gelas minuman untuk kegunaan bersama.

Mengimbau kenangan ketika menjalani rawatan pemisahan kembar siam di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002, Muhammad berkata, walaupun masih kecil, dia mampu mengingati peristiwa bersejarah itu.

“Kalau dulu, ibu dan ayah sentiasa di sisi dan memberi harapan kepada kami berdua yang dirawat selama 23 jam, kini sampai masa kami pula menjaga emak pada saat dia sakit,” katanya.

Muhammad yang petah bersama kembarnya belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ23, Puchong, Selangor selepas menerima keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, mengakui kesihatan mereka kini beransur pulih.

Bercita-cita bergelar arkitek, dia mengakui terpaksa ponteng sekolah apabila ke hospital bagi merawati masalah ususnya, terutama lubang najis yang ditebuk di bahagian perut memerlukan penjagaan rapi.

Menurut Muhammad, selain ayahnya yang bertanggungjawab menukarkan beg najis, kembarnya turut membantu.

Ditanya mengenai kaki palsu yang sering dipakai sebelum ini, dia berkata, kurang selesa memakainya kerana pernah terjatuh hingga mendatangkan kesakitan fizikal, manakala Ahmad pula pernah tersadung hingga menyebabkan giginya patah akibat terlalu pantas berjalan.

“Namun itu tidak mematahkan semangat kami berdua untuk ke sekolah biarpun terpaksa menanggung kesakitan,” katanya.

Monday, June 20, 2011

PERBEZAAN DI TIGA BUAH BANDAR DI NEGARA JIRAN KITA






Baru-baru ini saya sempat lagi menjengah di tiga buah bandar negara jiran kita iaitu Hatyai, Songkla dan Betong walaupun ketiga-tiga buah bandar ini terletak di dalam satu pemerintahan yang sama tetapi di dalam pemerhatian saya masih banyak yang serba-serbinya kurang di antara Bandar Hatyai, Songkla dengan Bandar Betong.

Kalau di Bandar Hatyai dan Songkla sendiri lebih banyak pembangunan yang boleh kita lihat jika hendak di banding di Bandar Betong pada saya masih terdapat banyak pembangunan yang perlu pihak pemerintahan Thailand beri perhatian ini kerana jika hendak mencari sebuah pusat membeli belah yang besar seperti Central ataupun Carrefour memang tiada langsung. Tapi apa-apa pun saya lebih gemar berada di Bandar Betong berbanding di Hatyai ataupun di Songkla ini kerana di Bandar Betong kawasannya lebih bersih dan kita masih boleh bertutur di dalam Bahasa Melayu dengan perniaga di sana dan ini lebih memudahkan untuk kita berurusan. Walaubagaimanapun Bandar Betong bukanlah sesuai untuk orang-orang yang gemar membeli belah walaupun ada kedai-kedai yang menjual pakaian ataupun gajus ini kerana harganya agak mahal berbanding di Hatyai dan Songkla sendiri.

Bagi peminat-peminat basikal pula, di Betong terdapat sebuah kedai basikal yang mana pemilik kedai tersebut sangat fasih berbahasa melayu dan harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia sendiri malahan ada di kalangan orang-orang kita yang pergi ke sana semata-mata untuk mendapatkan basikal ataupun peralatannya.

Konklusinya jika berada di Bandar Hatyai ataupun Songkla aktivitinya lebih kepada membeli belah disebabkan harganya agak murah akan tetapi jika kita berada di Bandar Betong pada saya lebih sesuai untuk berehat kerana suasananya tidak sesibuk seperti berada Hatyai dan Songkla.

Saturday, June 18, 2011

SELAMAT HARI BAPA


SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA SEMOGA ANDA SEMUA AKAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH SWT..AMIN

Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud)