Tuesday, September 20, 2011

Menziarah Keluarga Puan Aisah Kanda





Alhamdullilah rancangan saya dan kawan-kawan untuk menziarahi Puan Aisah Kanda (Ibu kepada Adik Ahmad dan Muhammad) di Hospital Putrajaya pada 16hb September, 2011 telah pun menjadi kenyataan. Walaupun pada mulanya saya berasa amat sukar untuk mengetahui bagaimana caranya saya bagi menghubungi keluarga tersebut. Tetapi Alhamdullilah berkat dari bulan Ramadhan baru ini saya telah dapat menghubungi Suami Puan Aisah iaitu Encik Rosli untuk bertanya khabar dan seterusnya meminta izin dari beliau bagi menziarahi isterinya.

Pertama kali menghubungi Encik Rosli pada 11hb September, 2011 membuatkan saya berasa amat berdebar-debar dan juga bimbang bagaimanakah penerimaan beliau terhadap rancangan saya dan kawan-kawan, maklumlah pertama kali menghubungi beliau.

Alhamdullilah setelah memperkenalkan diri dan tujuan saya, beliau telah memberikan kebenaran untuk saya dan kawan-kawan menziarahinya. Saya telah dimaklumkan oleh beliau bahawa Puan Aisah kini sudah (2) dua minggu menerima rawatan di Hospital Putrajaya bagi menjalani ujian radiotrapi.

Akhirnya pada 16hb September, 2011 seperti yang dijanjikan saya bersama-sama kawan-kawan iaitu Marzani, Umi Suriati, Maszelin dan Rusdi telah selamat sampai di Hospital Putrajaya. Kami menghabiskan masa selama 2(dua) jam bersama-sama dengan Puan Aisah dan Encik Rosli. Namun, apa yang paling saya tidak sangka ialah kekuatan dan ketabahan keluarga ini. Baik Puan Aisah mahupun Encik Rosli mereka sangat-sangat tabah melalui dugaan yang terima. Walaupun Puan Aisah semasa kami tiba buat pertama kali beliau tetap melayan kami dengan baik sekali walaupun kami dapat melihat kesakitan yang dialaminya. Begitu juga dengan Encik Rosli, beliau melayan kami seolah-olah kami telah kenal lama. Beliau juga turut menceritakan pengalaman beliau dan isteri ketika bersama-sama mengikuti adik Ahmad dan Muhammad menjalani pembedahan di Arab Saudi pada tahun 2002.

Apa-apa pun marilah kita semua mendoakan semoga Puan Aisah akan sembuh seperti sediakala dan dapat menjalani kehidupan seharian...Amin

No comments:

Post a Comment