Produk

BEYOND WATER
BW5202 - SISTEM PEMULIHAN AIR BIO-AKTIF BEYOND WATER
Memandangkan pengambilan air yang menyihatkan dan bersih adalah keperluan penting demi kesihatan yang baik, dengan BEYOND WATER , kini anda mampu memperolehi sumber Air Hidup Semula Jadi di kediaman mahupun pejabat anda!

Kepentingan pengambilan air minum menyihatkan yang tulen, semula jadi dan bertenaga

Terdapat banyak sistem rawatan air di pasaran. Kebanyakannya dari variasi penapis yang lebih kurang sama dan kesemuanya mendakwa dapat menyingkirkan sedimen, mineral dan bahan yang mungkin berbahaya dalam minuman anda secara efektif. Namun, matlamat sistem penapisan, penulenan dan pengaktifan luar biasa seperti BEYOND WATER bukan sekadar menyingkirkan bendasing dan pencemar merbahaya secara mudah tetapi untuk membekalkan air minuman yang tulen, semula jadi dan menyihatkan. BEYOND WATER terdiri daripada 7 kebuk yang mengandungi medium penapisan handalan yang berkesan menyingkirkan spektrum terluas air tercemar berbahaya, mengurangkan saiz gugusan molekul air dengan sinar inframerah jauh dan memagnetkan air bagi menstabil molekul air untuk kesihatan yang lebih baik.

Dengan rekaan serba baru yang tirus, BEYOND WATER model generasi kedua ini tersedia dengan ciri-ciri yang lebih dipertingkatkan untuk memberikan lebih banyak kebaikan termasuklah penggunaan Bebola Anti-Bakteria Nano Perak termaju yang meningkatkan penyingkiran mikroorganisma dan bakteria dari air serta tambahan Bebola Seramik Alkali Kalsium yang membantu mengawal pH air dan seterusnya meningkatkan kandungan mineral di dalam air. Air Hidup Semula Jadi Beyond Water™ dihasilkan dengan memulihkan air melalui 13 medium penapisan, penulenan dan pengaktifan serta pemagnetan peringkat akhir, lantas memberikan anda peluang menakjubkan untuk meningkatkan kesihatan.

 
BEYOND MICRIPLASMA
BA5402 - BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER
Mungkin anda tidak mampu menentukan kualiti udara luaran...tetapi kini dengan BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER anda berpeluang memberikan diri anda dan yang tersayang kenikmatan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan!

Kepentingan mengekalkan kualiti udara dalaman yang sihat

Banyak aktiviti biasa seperti memasak, memanas, mendingin, membersih dan menghias-semula boleh menyebabkan pembebasan dan penyebaran pencemar dalaman merbahaya di kediaman. Kajian menunjukkan bahawa udara di kediaman lebih tercemar berbanding udara luaran. Secara puratanya kita menghabiskan sehingga 90% dari masa kita di dalam bangunan. Oleh itu, menghirup udara dalaman yang bersih membawa kesan penting terhadap kesihatan. Orang yang meluangkan lebih banyak masa di dalam adalah lebih berisiko mendapat masalah kesihatan, atau diterukkan lagi oleh pencemar udara dalaman. BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER yang menggunakan Teknologi Ion Mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan, berkeupayaan menyerang dan meneutralkan rangkaian terluas pencemar udara

BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER bertindak dengan penjana ion mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan untuk kesan penulenan udara pelbagai

Pusat produk penulenan udara canggih ini ialah Teknologi Ion Mikroplasma Beyond yang menggunakan penjana Ion Mikroplasma canggih, komplek dan terkawal secara mikro-komputer yang berterusan menjana aliran tetap Ion Hidrogen dan Oksigen dari molekul Oksigen dan air di dalam udara. Kombinasi ion khas ini mempunyai kualiti pembersihan dan pensterilan udara berkuasa


BEYOND FOOD JUNCTION
BJ5601 - BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT
BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT adalah satu sistem canggih yang berkuasa merawat makanan mentah dan peralatan harian anda melalui penggunaan aliran terkawal molekul ozon. Ia mempunyai kegunaan versatil yang membersih, meneutralkan, menulenkan dan menyahtoksik menggunakan tindakan kuasa ozon agar anda sekeluarga dapat menikmati makanan dan kehidupan yang lebih baik.

Dengan menggunakan BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT yang memiliki pelbagai ciri-ciri unik, anda dapat memastikan racun perosak, racun serangga, pengawet, antibiotik, dll pada bahan mentah yang akan dimasak telah disingkirkan. Bahkan patogen yang hadir pada peralatan dapur, sudu, garfu juga dapat direncatkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Alangkah leganya kerana kini anda bukan sahaja dapat menghidangkan makanan yang lazat buat seisi keluarga bahkan anda lebih yakin kerana makanan tersebut adalah bersih dan menyihatkan! BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT didatangkan dengan jaminan produk 1 tahun.




 CONTIAGO
Rekaan Generasi Ke-2 ~ Teknologi yang membantu anda tidur lebih baik
Tidur yang berkualiti baik penting bagi kita semua, muda atau tua, lelaki atau wanita. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kualiti tidur kita di malam hari menentukan sama ada tubuh dan minda kita berupaya untuk berfungsi secara optimum dan cekap di siang hari. Kekurangan tidur merehatkan menyumbang kepada masalah fizikal, mental dan psikologi, seperti sentiasa kelesuan, mengantuk di siang hari, sukar untuk fokus atau menumpu kepada satu tugasan dan meningkatkan kejengkelan. Apabila kita tidak memperolehi tidur yang merehatkan, besar kemungkinan kita akan mengalami banyak masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, penurunan prestasi memori dan fizikal, sakit belakang dan kesakitan otot.

Rangkaian LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION, BANTAL SAINTIFIK dan BANTAL PELUK SAINTIFIK CONTIAGO direka khas untuk memberikan anda tidur berkualiti tinggi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi pada tahap optimum. Rangkaian terbaru CONTIAGO telah dipertingkatkan dengan lapisan tambahan bahan berkualiti hebat untuk peningkatan tidur lebih baik serta keselesaan tulen dan mewah yang akan membantu mengecas tenaga anda ketika tidur. Set kelengkapan tidur ini akan memberikan anda sekeluarga sokongan tubuh sepenuhnya, keselesaan maksimum serta pelbagai faedah yang memberangsangkan!




GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
NB2301/NB2303 GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien


  • Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.
  • Spirulina Disahkan Organik.
  • Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang.
  • Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat.
  • Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan.

  • GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.


    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.


     
    SS Solution

    Penyelesaian untuk kawalan berat badan berkesan!
    Diperkuatkan dengan rumusan tersendiri yang seimbang, SS Solution bertindak dengan baik untuk membantu anda mencegah pertambahan berat badan dalam jangka panjang. Rumusan minuman berfungsi unik yang mengandungi rangkaian nutrien fito (tumbuhan) yang mampu memberikan secukupnya nutrien yang diperlukan tubuh bagi membantu metabolisme, pembakaran lemak, pembinaan otot dan menyokong fungsi tubuh secara amnya serta memberikan rasa kenyang. Ia terbukti selamat untuk pengambilan kerap demi kesan tiada tandingan dalam membantu mencegah penambahan berat badan serta mengekalkan tahap kesihatan terbaik anda.
    Kesan 3R SS Solution yang menakjubkan:



  • Mentakrifkan semula pengambilan kalori tubuh
  • Mengimbangkan semula sistem tubuh seperti metabolisme dan penyahtoksikkan
  • Mengembalikan rasa 'ringan' dan kesejahteraan
  • Kemampuan SS Solution menyekat selera makan dengan memberikan rasa kenyang dapat membantu pengguna untuk merendahkan pengambilan kalori ke tahap yang menggalakkan penurunan berat badan. Ia membolehkan tubuh melaraskan sistemnya secara beransur-ansur bagi menyesuaikan dengan jumlah kalori baru yang diambil, supaya ia akan mengambil kurang makanan lalu menggunakan tenaga yang tersimpan. Dengan kandungan yang tinggi nutrien, SS Solution akhirnya menolong mengembalikan tahap imbangan tubuh termasuklah tahap hormon dan tenaga, sambil memudahkan dan menolong proses pembakaran, penyingkiran dan penyahtoksikan lemak secara semula jadinya. Hasilnya, anda akan memperolehi lebih otot tanpa lemak dan tubuh kurang lemak dengan rasa hebat yang 'ringan', bertenaga dan kesejahteraan menyeluruh.
    Fungsi utama SS Solution termasuklah:



  • Menyekat selera dan mengurangkan pengambilan makanan
  • Meningkatkan Termogenesis (penjanaan haba)
  • Membantu proses membakar dan menyingkirkan lemak
  • Meningkatkan sintesis hormon
  • Mengurangkan penghasilan radikal bebas
  • Membentuk otot dan merencatkan simpanan lemak
  • Membekalkan khasiat seimbang kepada tubuh
  • Membantu mengekalkan tahap tenaga optimum

  • SS Solution membantu anda kekal langsing dan kekal sihat!

    SS Solution dikhususkan kepada kumpulan sasaran: OBES, BERAT BERLEBIHAN dan BERAT IDEAL, mengikut tahap Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index - BMI) masing-masing. Memandangkan SS Solution adalah produk yang tinggi nutrien (protein, vitamin dan mineral berkualiti tinggi) dan yang rendah kalori, maka ia boleh menjadi pengganti hidangan serta suplemen nutrien. Apabila SS Solution digunakan oleh para pengguna yang obes atau mempunyai berat berlebihan, ia bertindak sebagai produk gantian hidangan. Kandungan nutriennya mencukupi untuk para penggunanya menanggung pengambilan makanan yang kurang dan menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh. Apabila SS Solution digunakan oleh para pengguna yang mempunyai berat badan normal pula, ia menjadi suplemen nutrien kerana para pengguna berberat badan normal tidak perlu berdiet atau melakukan program gantian hidangan. Apa jua kategori anda, SS Solution adalah penyelesaian terbaik untuk anda menyingkirkan lemak berlebihan, membenarkan anda memiliki tubuh yang seimbang dan bertenaga.

    Insuran liabiliti produk SS Solution

    SS Solution dilindungi insuran liabiliti produk USD 1 juta bagi memastikan anda dapat menikmati fungsi-fungsinya pada tahap yang optimum tanpa perlu risaukan sebarang kerosakan produk.




    B'Young
    NT2012 - B'Young Supreme Gold (90 sachets x 19 g)
    B'Young Supreme Gold memberikan formulasi minuman berfungsi yang sungguh unik lagi luar biasa yang memberikan tubuh anda nutrien yang kaya, penting dan sangat diperlukan bagi imbangan pemakanan yang sihat setiap hari. B'Young Supreme Gold memberikan rangsangan berkuasa dengan formulasi berkhasiat yang direka secara saintifik bagi meningkatkan ketahanan tubuh, mengunjur kepada peningkatan kesihatan dan tenaga tubuh secara amnya. Formulasinya yang terbukti, tidak seperti suplemen kesihatan konvensional lain dan kombinasi keunikan ramuan semula jadinya menawarkan minuman berfungsi peningkat kesihatan yang menyeluruh dalam pasaran hari ini. Mulalah menikmati tenaga muda yang diperbaharui dan berikan tubuh anda rangsangan yang ia perlukan bagi merasai kemudaan semula! B'Young Supreme Gold adalah ideal diminum dalam jangka panjang bagi mendapatkan kebaikannya serta mengekalkan tahap tertinggi nilai-nilai khasiat. Kekal muda, kekal sihat dan nikmati semangat baru daripada formulasi berfungsi hebat ini!