Perkongsian

Ruangan ini terbuka untuk semua pengunjung blog saya untuk mengutarakan pendapat, berkongsi perniagaan dan apa-apa juga ilmu pengetahuan untuk kita semua berkongsi. "SHARING IS CARING"..

Perkongsian Mengenai Peluang Perniagaan Bersama Syarikat Zhulian

Menukar mimpi menjadi realiti...

Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN begitu memberi harapan untuk mencipta ribuan Pengedar berjaya; memberikan pertumbuhan peribadi dan latihan kepimpinan; meningkatkan pengkayaan kerjaya dan menghasilkan peluang gaya hidup yang lebih baik untuk kejayaan dan pencapaian tanpa batasan. etahuilah tentang segala faedah, ganjaran dan insentif yang menanti anda sejurus anda menyertai keluarga ZHULIAN yang pesat membangun dan jadilah sebahagian daripada organisasi pencapai tertinggi yang berkeupayaan merubah cabaran dan rintangan sukar kepada kejayaan tiada had!

Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN adalah peluang unik yang memimpin laluan anda menuju kejayaan yang tiada taranya – memberikan kunci untuk anda merealisasikan impian terhebat dan memastikan masa depan anda dipenuhi harapan, cita-cita dan pencapaian - www.zhulian.com.my


Apakah Tanggung Jawab Sebuah Keluarga Islam ?


Apakah Tanggung Jawab Sebuah Keluarga Islam ?

Sungguh, baiknya umat Islam hanyalah dapat diraih dengan cara kembali kepada ajaran Islam yang lurus itu sendiri. Baik dalam permasalahan aqidah, metode pengajaran maupun aturan kehidupan. Ajaran Islam seharusnya dipraktikkan dalam seluruh aspek kehidupan, kemasyarakatan, ekonomi mahupun politik. Asas dari seluruh elemen masyarakat adalah sebuah keluarga muslim. Pembinaan (Tarbiyah) keluarga muslim melalui pendidikan Islam dan pelaksanaan utama dari pendidikan ini adalah seorang ibu muslimah. Tegaknya sebuah keluarga muslim memberikan impak yang sangat besar bagi melaksanakan dakwah islamiyah. Islam sendiri memberikan tanggung jawab yang begitu besar kepada keluarga baik dia seorang ayah ataupun ibu untuk memberikan pendidikan, pengetahuan, dakwah dan bimbingan kepada anggota keluarga. Pembinaan yang demikian inilah yang akan menyelamatkan dan memberikan penjagaan kepada diri dan keluarga sebagaimana perintah Allah :
"Wahai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka"
(QS )
Imam ali r.a. dan Ibnu Abbas ada menyatakan bahawa "berikan pendidikan, ajarilah dengan ketaatan kepada Allah, serta takutlah dari kemaksiatan. Didiklah anggota keluargamu dengan dzikir yang akan menyelamatkan dari api neraka" ( Ibnu Katheer & At tabari).
Berkaitan dengan tanggung jawab keluarga muslimah ini Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam menerangkan secara umum tanggung jawab seorang pemimpin.
"Ketahuilah bahwa kalian semua adalah pemimpin, dan kalian akan ditanya tentang kepemimpinan kalian. Pemimpin di antara manusia dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan ditanya tentang kepemimpinannya manakala isteri adalah pemimpin dalam rumah tangga serta anak-anak suaminya dan dia akan ditanya tentang mereka. Budak/ pembantu adalah pemimpin dari harta tuannya dan dia akan ditanya tentangnya. Ketahuilah bahwa kamu sekalian adalah pemimpin dan kalian akan ditanya tentang tentang kepemimpinannya"
(HSR Bukhari)
Tanggung jawab yang dimaksudkan pada hadits di atas bersifat umum dan menyeluruh. Tanggung jawab seorang suami tidaklah hanya terbatas memenuhi keperluan harian saja, demikian halnya dengan seorang isteri. Ia tidaklah hanya bertanggung jawab terhadap kebersihan rumah, atau menyiapkan makanan semata-mata. Akan tetapi kedua-duanya dari kedudukan yang berbeza mempunyai tanggung jawab terhadap pendidikan keimanan keluarga termasuk di dalamnya tanggung jawab dakwah.
Al Quran dan al Hadits sumber pedoman kita menegaskan tanggung jawab kedua orang tua dalam aktiviti keluarga dan pengaruhnya terhadap anak. Seorang isteri memiliki tanggung jawab yan berbeza dengan dengan suami. Dan ia adalah pemimpin sebagaimana yang diterangkan dalam hadits di atas. Secara nyata tanggung jawab seorang isteri terhadap rumah tangga dan anak-anak suaminya sangatlah luas. Panjangnya kebersamaan seorang ibu dengan anak secara otomatis memberikan warna tersendiri bagi perkembangan pendidikan fisik mahupun mental dari sang anak.
Apabila kita timbang tanggung jawab seorang suami dengan seorang isteri maka akan kita dapatkan bahawa tanggung jawab seorang isteri sangatlah besar kerana dialah yang melahirkan anak-anak, menyusuinya, dan menemani serta mendidik anak dari jam ke jam, hari ke hari. Bahkan ketika seorang anak masih bayi, kemudian menginjak ke alam remaja dan menjelang dewasa, di dalam rumah mahupun di luar rumah sang ibu sentiasa mewarnai bentuk kehidupan sang anak. Hingga mungkin sang ayah telah tiada maka ibulah yang tetap mendampingi anak-anaknya untuk menghadapi masa depan. Inilah hikmah diperintahkannya wanita untuk berada di rumahnya.
"Dan hendaknya kalian tinggal di rumah-rumah kalian" ( QS Al Ahzab : 33)
Inilah sebagian tanggung jawab yang diberikan oleh Islam kepada keluarga.
"Jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka" (QS At Tahrim : 6)


No comments:

Post a Comment