Monday, June 20, 2011

PERBEZAAN DI TIGA BUAH BANDAR DI NEGARA JIRAN KITA






Baru-baru ini saya sempat lagi menjengah di tiga buah bandar negara jiran kita iaitu Hatyai, Songkla dan Betong walaupun ketiga-tiga buah bandar ini terletak di dalam satu pemerintahan yang sama tetapi di dalam pemerhatian saya masih banyak yang serba-serbinya kurang di antara Bandar Hatyai, Songkla dengan Bandar Betong.

Kalau di Bandar Hatyai dan Songkla sendiri lebih banyak pembangunan yang boleh kita lihat jika hendak di banding di Bandar Betong pada saya masih terdapat banyak pembangunan yang perlu pihak pemerintahan Thailand beri perhatian ini kerana jika hendak mencari sebuah pusat membeli belah yang besar seperti Central ataupun Carrefour memang tiada langsung. Tapi apa-apa pun saya lebih gemar berada di Bandar Betong berbanding di Hatyai ataupun di Songkla ini kerana di Bandar Betong kawasannya lebih bersih dan kita masih boleh bertutur di dalam Bahasa Melayu dengan perniaga di sana dan ini lebih memudahkan untuk kita berurusan. Walaubagaimanapun Bandar Betong bukanlah sesuai untuk orang-orang yang gemar membeli belah walaupun ada kedai-kedai yang menjual pakaian ataupun gajus ini kerana harganya agak mahal berbanding di Hatyai dan Songkla sendiri.

Bagi peminat-peminat basikal pula, di Betong terdapat sebuah kedai basikal yang mana pemilik kedai tersebut sangat fasih berbahasa melayu dan harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia sendiri malahan ada di kalangan orang-orang kita yang pergi ke sana semata-mata untuk mendapatkan basikal ataupun peralatannya.

Konklusinya jika berada di Bandar Hatyai ataupun Songkla aktivitinya lebih kepada membeli belah disebabkan harganya agak murah akan tetapi jika kita berada di Bandar Betong pada saya lebih sesuai untuk berehat kerana suasananya tidak sesibuk seperti berada Hatyai dan Songkla.

No comments:

Post a Comment