Saturday, June 18, 2011

SEMINAR PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM


Semalam saya telah menghadiri Seminar Perancangan Harta Pusaka Islam di Sunway Hotel, Seberang Jaya di atas jemputan En Muzafar Ghazali yang telah dianjurkan oleh As Salihin Trustee Berhad di mana Penceramahnya juga bukanlah calang-calang orangnya iaitu Prof Dato Dr Mahmood Zuhdi bin Hj Abd Majid. Beliau juga merupakan Timbalan Dekan di Universiti Islam Antarabangsa yang juga merangkap salah seorang dari Ahli Lembaga Pengawasan Syariah di As Salihin Trustee Berhad. Banyak Ilmu saya perolehi dari seminar tersebut yang telah dikongsikan oleh beliau kepada yang hadir semalam. Saya tertarik dengan salah satu topik yang dikemukakan oleh beliau iaitu :-

"Dalam kesibukan hidup, ramai orang terlupa untuk merancang untuk mati" (kalau kita orang yang biasa-biasa mendengar ayat ini mungkin akan tersalah fahamkan... Tapi sebenarnya itulah kata-kata orang yang bijak pandai dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas menggunakan bahasa kiasan untuk kita fikirkan maksudnya. Apa yang dimaksudkan oleh beliau melalui ayat tersebut adalah :-

1. ramai di antara kita ini lalai dan benar-benar terlupa.
2. ramai di antara kita ini sangat mengharapkan untuk terus hidup.
3. ramai di antara kita ini tidak berminat untuk berfikir tentang sesuatu yang tidak disukai.

konklusi dari semua perkara 1-3 ini ialah ramai di antara kita ini yang lalai dan benar-benar lupa dan sangat berharap untuk terus hidup tanpa berminat untuk berfikir tentang sesuatu yang kita tidak sukai iaitu"KEMATIAN" apa yang beliau dan As Salihin Trustee Berhad cuba tekankan atau sampaikan ialah orang kita ini tidak pernah fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kita meninggal kelak semua perkara yang penting yang sepatutnya kita tinggalkan kepada keluarga kita yang masih hidup telah kita lakukan seperti merancang pengurusan harta yang dimiliki oleh kita dengan memberi wasiat, menghibah dan melantik wasi supaya tidak timbul kekeliruan atau perbalahan setelah ketiadaan kita kelak.

Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada En Muzafar atas jemputan tersebut juga tidak lupa kepada Prof Dato Dr Mahmood Zuhdi dan seluruh warga As Salihin Trustee Berhad. Semoga anda semua sentiasa dirahmati...Amin


No comments:

Post a Comment